DESA MAJIDAH

kenangan satu perjalanan

1.7.09

PPSMI mansuh?

Posted by desa

Semalam ada berita yang mengatakan PPSMI akan digantikan dengan pakej baru.

Pakej yang telah mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan anak-anak didik dan ibu bapa.

Selain itu sistem pendidikan juga akan dikaji oleh badan bebas dari luar negara untuk menilai sama ada sistem yang diguna pakai di Malaysia sekarang ter-kehadapan atau ter-kebelakang atau sedang bergerak mengikut arus semasa.

Usaha yang baik namun, ada baiknya kisah di bawah kita renung bersama untuk ingatan kita apa yang perlu dan tidak perlu untuk pendidikan anak-anak kita kelak :-


Za’ba lebih glamour sebagai pendita bahasa. Tetapi ketika zaman mudanya, Raja Sir Chulan pernah mengatakan ;

"Mika khabarnya selalu menulis di dalam surat khabar terutama di dalam surat khabar Melayu mengata-ngata kerajaan buat tak patut begini-begini. Ini saya ingatkan, kalau awak selalu buat begitu, esok nanti kerajaan pandang tak betul sama awak. Tak dapat naik gaji, tak dapat jawatan. Barang kali dibuang terus."

Ketika mudanya, Za’ba adalah tokoh reformis yang anti-kolonial dan anti-monarki.Katanya;

"Orang patut-patut (kaya-kaya, besar-besar, bijak-bijak) kita duduk bersenang-senang diri masing-masing dalam bilik mahligainya dengan nikmat sentosa dan cukup puas hati pula, datang rasa hatinya dan sampai hatinya memandang anak-anak bangsa bergelumang dengan kehinaan dan kejatuhan kepada saf-saf yang jauh di belakang kaum penumpang negeri."